POSTING TERKINI

|

Getirnya Cabaran Petugas Media

Petugas media KAMI di HKR #KL112
Data menunjukkan sepanjang tahun 2012 sahaja, seramai 69 orang wartawan telah terkorban di medan pelbagai konflik seluruh dunia. Konflik politik menghadirkan ancaman terbesar dengan jumlah kira-kira 57% dari keseluruhan malapetaka yang telah menimpa para wartawan. Diikuti 26% bahaya berpunca dari konflik hak asasi manusia. Anehnya, peperangan hanya menghadirkan kira-kira 21% kemalangan kepada petugas media di seluruh dunia.

Kuasa media sememangnya kuasa hebat. Ada sarjana media yang menyebut, “media boleh menjatuhkan sesebuah pemerintahan, tetapi pemerintah tak boleh menjatuhkan media.” Zaman sekarang bukan lagi zaman kita berkonfrantasi dengan media tetapi zaman di mana media dimanupulasikan dengan sehebatnya. ‘To fight it, you have to joint it’. ‘This is the power of media.’

Melihat dari sudut Islam, aktivis media adalah pejuang yang berjuang demi menyebarkan kebaikan, memperluaskan maklumat, menyatakan yang benar adalah benar, menangkis fitnah yang tersebar serta menyingkap tabir peristiwa yang berlaku di segenap pelusuk dunia khususnya dalam dunia Islam dengan bersenjatakan ketajaman pemberitaan, kupasan, ulasan dan pemberitaan.

Sesiapa yang berjaya menguasai media, dia akan menguasai khalayak. Di dalam dunia demokrasi, akses media sama rata adalah sebahagian dari makna sebenar demokrasi. Pemahaman makna demokrasi bukan hanya bermaksud memangkah kertas undi pada ruang calon dan parti yang dipilih tetapi demokrasi juga bermakna hak untuk mendapat dan menyebarkan maklumat yang sama, hak untuk berkempen yang sama, hak untuk menggunakan kemudahan yang sama, hak untuk mendapat layanan dan keadilan yang sama sehingga hasilnya semua parti yang bertanding mendapat ruang padang yang sama rata.

Menjelang Pilihanraya Umum ke 13 yang diramalkan akan menjadi antara medan pertarungan paling sengit antara dua komponen dominan dalam politik tanahair, BN dan Pakatan Rakyat, media antara faktor terkehadapan dalam mencorakkan mood pengundi menentukan pilihan mereka. Apatah lagi hampir 50% pengundi bagi PRU 13 nanti adalah golongan muda yang terdedah kepada dunia maklumat tanpa sempadan. Kuasa golongan muda terutamanya mereka yang pertama kali mengundi dalam menjadi faktor penentu diakui oleh semua pihak.

Berbanding dengan BN yang menguasai segala sumber media cetak dan elektronik, mungkin ada segelintir yang berpandangan kemampuan media Pakatan Rakyat kelihatan agak tenggelam. Tanggapan ini silap kerana sebenarnya hasil kajian mendapati kecenderungan dan minat anak-anak muda lebih menjurus ke arah cuba mengorek seberapa banyak mungkin info dari pelbagai media alternatif untuk mendapatkan pencerahan apabila timbul sesuatu isu berbangkit. Zaman telah berubah dan rakyat bukan mudah untuk diperbodohkan.

Apabila melihat akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian diagihkan secara percuma di tangga-tangga masjid pada hari Jumaat, terdetik pertanyaan apakah reputasi dua akhbar arus perdana ini telah merudum sebegitu parah sehingga kadar jualannya merosot teruk. Walaupun diagihkan secara percuma, tetap tak ramai jemaah masjid yang peduli. Isyarat apakah ini?

Penubuhan Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu, sebuah NGO berorientasikan media yang adil, telus, sama rata, bertanggungjawab dan berintegriti adalah langkah bijak dalam menyiapkan armada perang media menjelang PRU 13. Dianggotai pelbagai latar belakang petugas media dari wartawan, jurugambar, penulis, korporat media, designer, pencetak serta petugas IT armada perang KAMI kelihatan lengkap walaupun baru berusia beberapa bulan.

Apatah lagi KAMI telah memiliki pejabat sendiri di Pekan Batu Enam, Kuala Nerus sebagai pusat operasi untuk melancarkan lagi perjalanan operasi. Prinsip KAMI mudah dan realistikmanfaatkan apa sahajasenjata’ yang dimiliki samada kamera, videocam, note book, tablet, telefon atau apa sahaja. Yang penting maklumat boleh dikumpul, diproses dan diterbitkan dengan kadar yang paling terkini dan bertanggungjawab.

Keyakinan KAMI, kerja ini adalah sebahagian dari jihad fii sabiilillah. Islam perlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun walaupun amanah ini terpaksa digigit dengan gigi geraham kita. Kita tidak akan kalah hanya kerana media BN memiliki lebih kecanggihan teknologi tetapi kita akan kalah apabila kita kalah dengan diri kita sendiri!

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu

Posted by Dr Azman Ibrahim on 9:53 PM. Filed under , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Getirnya Cabaran Petugas Media "

Leave a reply

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added