Saya ingin menyumbang kepada Islam – Dato’ Mokhtar
Dungun, 15 Disember 2012 – Bekas Pengarah Esekutif Bernas Berhad, Dato’ Mokhtar Hamid menegaskan bahawa tujuan utama beliau menyertai Pas adalah untuk memberi sumbangan kepada Islam dan Pas adalah wadah yang benar dalam memperjuangkan kedaulatan Islam.
Tegas beliau lagi, Umno bukan hanya mengkhianati Islam tetapi turut mengkhianati rakyat Terengganu dan Kelantan yang majoritinya adalah Melayu Islam apabila menafikan pemberian hak royalty minyak kepada kepada dua negeri ini.
Beliau yang merupakan anak jati Paka menyerahkan borang permohonan menyertai Pas kepada Mursyidul Am, Dato’ Bentara Setia, Tuan Guru Haji Nik abdul Aziz Nik Mat sempena dengan perasmian program Pas Ganti Umno siri ke 6 (PGU 6) yang berlangsung di Dataran PGU Paka pada 14 dan 15 Disember 2012.
Pernah menjawat beberapa jawatan penting dalam kerajaan, beliau mengakui sangat selesa untuk bersama dengan pimpinan Pas bagi turut sama menyumbang bakti kepada parti




