POSTING TERKINI

|

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap Perlu Kemukakan Bukti Lengkap

Guru Besar SK Langkap, Abd Halim bin Mohamad diminta mengemukakan bukti lengkap kepada Jabatan Pelajaran supaya tindakan tegas dan sewajarnya dapat diambil ekoran tuduhan serius beliau bahawa guru-guru dan ustaz-ustaz yang terlibat dengan parti pembangkang mengabaikan tugas sehingga para pelajar menjadi mangsa.

Semasa menyampaikan ucapan di majlis pengagihan bantuan RM100 kepada murid-murid di hadapan para ibu bapa hari ini (rabu 16 November 2011), beliau juga dengan kesatnya memaki mereka yang terlibat dengan parti pembangkang dengan perkataan bodoh berulang kali.kita tak mboh (mahu) dengar orang Langkap ni fikiran dia kena racun dengan parti pembangkang. Cikgu pun ada hok  bodoh, seorang ustaz pun bingung, buleh masuk parti Pas, seorang doktor hok cerdik, bila masuk parti Pas, bodoh selalu! tuan-tuan, janganlah masuk parti pembangkang, tobat! Cikgu, ustaz bila masuk parti pembangkang, maknga (malas) selalu ngajar , anak murid jadi mangsa…”

Sebagai seorang penjawat awam yang berjawatan sebagai anggota pentadbiran, tuduhan sebegini sangat serius dan bukti lengkap sangat diperlukan supaya tindakan sewajarnya dapat diambil untuk memperbaiki keadaan. Apatah lagi, umum sedia memaklumi, guru-guru yang terlibat dengan Pas adalah mereka yang dididik dan ditarbiyah dengan roh Islam yang sentiasa meletakkan amanah dan tanggungjawab di tempat yang sewajarnya selaras dengan ajaran Islam. Kita juga meyakini setiap lapisan masyarakat sentiasa menyanjung tinggi profesion pendidikan. Pas Setiu juga sedia menghulurkan tangan membantu guru-guru terbabit andainya benar penglibatan mereka dengan Pas menyebabkan mereka menjadimakngasehingga memangsakan para pelajar.

Tapi perlu diingat, sekiranya ini hanya suatu pertuduhan liar, kami menuntut tanggungjawab dari guru besar terbabit atau mungkin suatu tindakan undang-undang akan difikirkan. Pastinya kita tidak ingin mendengar dan melihat seorang guru besar yang menuduh sebarangan tanpa bukti serta bertindak seolah-olah seorang ketua cawangan Umno. Kalau beliau ingin berpolitik, sila tinggalkan profesion perguruan dan ayuh! Sila  turun ke medan politik.

Posted by Dr Azman Ibrahim on 12:57 AM. Filed under , , . You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. Feel free to leave a response

0 comments for "Guru Besar Sekolah Kebangsaan Langkap Perlu Kemukakan Bukti Lengkap"

Leave a reply

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added