POSTING TERKINI

Jeti Batang Nibung, Destinasi Pelancongan Bertaraf Antarabangsa

 
Walaupun Jeti Merang sudah beroperasi hampir 20 tahun dan menjadi pintu masuk utama pelancong dari dalam dan luar negara ke Pulau Redang, tiada usaha dilakukan pihak berkuasa, terutama Kementerian Pelancongan untuk membina jeti baru, walaupun pengambilan balik tanah dilaksanakan kerajaan negeri lebih 12 tahun lalu.

Maklumat ini yang disampaikan ketika dialog antara Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Terengganu bersama masyarakat Merang malam semalam memaklumkan, ratusan pelancong terutama dari luar negara dan mencecah angka ribuan sehari terutamanya pada musim cuti, menggunakan jeti yang dibina sendiri pemilik dan pengusaha bot pelancongan untuk ke Pulau Redang itu.
 
Tinjauan Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Negeri semalam (19 Februari 2012) mendapati ada antara jeti diperbuat daripada batang nibung, kayu dan papan lapis berlubang dan reput. Jika tidak berhati-hati ketika meniti untuk naik atau turun bot boleh membahayakan keselamatan pelancong. Gerai jualan kraf tangan di kawasan itu juga tidak tersusun, sekali gus tidak mencerminkan imej tinggi sektor pelancongan negeri ini dan Pulau Redang sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa.
 
Kewujudan Jeti Merang yang sepatutnya memberi kesan limpahan ekonomi kepada penduduk sekitar, bagaimanapun tidak menjadi kerana kawasan itu sepi seperti jeti pada zaman era sebelum merdeka, selain tiada kemudahan asas dibina termasuk gerai niaga sedangkan ia berpotensi menjadi destinasi santai untuk orang ramai.

Pengusaha bot pelancong Nasuha Muhammad berkata, jeti kayu bagi memudahkan pelancong menaiki bot ke Pulau Redang dibina sendiri pengusaha bot pelancong membabitkan perbelanjaan antara RM5,000 hingga RM10,000.

Katanya, jeti diperbuat daripada batang nibung, kayu dan papan lapis itu bukan saja digunakan pelancong dalam dan luar negara, malah kadang-kadang turut digunakan pemimpin utama termasuk pegawai Kementerian Pelancongan untuk menaiki bot ke pulau peranginan itu.

Nasuha memaklumkan "Kesemua pengusaha bot pelancong mencari rezeki dengan menawarkan perkhidmatan bot laju untuk ke pulau peranginan itu adalah bumiputera, tetapi keadaan jeti uzur cukup memalukan mereka.
"Kita difahamkan, peruntukan pembinaan jeti baru dan ruang niaga sudah diluluskan Kementerian Pelancongan lebih 10 tahun lalu, tetapi sehingga kini tiada tanda pembinaan jeti dilaksanakan."  Katanya lagi,  Saya sendiri telah kehilangan sebuah bot yang rosak akibat tenggelam dipukul ombak ketika terdampar pada beting pasir di muara sungai disebabkan masalah muara cetek.”

"Kita mendesak dan meminta kerajaan Pusat, terutama Kementerian Pelancongan mempercepatkan pembinaan jeti dan ruang niaga bagi memastikan saranan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said, yang mahu menjadikan sektor pelancongan sebagai pendapatan utama negeri ini menjadi kenyataan," katanya.

"Difahamkan, kerajaan negeri sudah membuat persiapan termasuk pengambilan balik tanah lebih lima tahun lalu bagi memudahkan Kementerian Pelancongan membina jeti dan ruang niaga, tetapi tidak tahu apa puncanya menyebabkan projek pembinaan jeti belum dilaksanakan hingga kini," katanya.

Jeti, benteng pemecah ombak Pantai Merang tidak berfungsi
Sementara itu, rata-rata penduduk yang ditemui menyatakan, penggunaan jeti usang ini adalah satu-satunya alternatif yang ada disebabkan jeti dan benteng pemecah ombak yang dibina kira-kira dua kilometer dari jeti yang digunakan sekarang di Muara Sungai Merang, gagal untuk berfungsi dan terbiar sekarang.
Pemecah ombak dan jeti terbiar

Salah siapa. Sama ada faktor alam, kesilapan reka bentuk atau tiada kajian mendalam menyebabkan jeti dan benteng pemecah ombak di Pantai Merang di sini, kini tinggal menjadi 'tugu' kerana tidak dapat digunakan sepenuhnya.

Jeti dan benteng pemecah ombak yang dibina menggunakan kepakaran luar negara membabitkan kos RM22 juta itu pada asalnya dibina bertujuan memudahkan pengusaha bot pelancong melabuhkan bot untuk mengambil dan menurunkan penumpang dari Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah.

Prasarana yang sudah menjadi gajah putih itu dibina pada 1996 dan hanya sempat digunakan empat tahun, dan masalah yang merugikan pelaburan kerajaan itu dipercayai disebabkan tiada kajian secara terperinci mengenai keadaan pasang surut air, arus dan pembentukan beting pasir semula jadi di kawasan itu.

Akibatnya, pelaburan besar yang boleh digunakan untuk membeli hampir 500 unit rumah kos rendah itu, terbiar bersama beberapa kemudahan lain yang dibina termasuk jalan masuk, gerai dan perhentian bas yang hanya dapat digunakan dalam tempoh empat tahun saja.

Beberapa penduduk dan pengusaha bot pelancong yang menyuarakan kekecewaan mereka ketika program dialog itu menyatakan,
"Kami sudah menyuarakan kebimbangan kami berkaitan dengan rekabentuk banteng pemecah ombak ini kepada syarikat yang diberi tanggungjawab membina benteng pemecah ombak sekitar tahun 1994, tetapi mereka menolak kebimbangan kami, malah sebaliknya mendakwa pembinaan berkenaan apabila siap mampu menyelesaikan masalah muara cetek.”

"Kita hanya sempat menggunakan jeti itu untuk menghantar dan mengambil pelancong ke Pulau Redang selama empat tahun saja, selepas itu terpaksa ditinggalkan kerana muara cetek hinggakan terus menjadi pantai sekarang,” kata mereka.

Selain daripada masalah jeti terbiar sehingga jeti using terpaksa digunakan, masalah muara cetek yang dihadapi pengusaha bot pelancong masih tidak berkesudahan menyebabkan kesukaran perjalanan keluar masuk  bot .

Lebih mendukacitakan, tegas penduduk lagi, apabila prasarana yang melibatkan puluhan juta ringgit perbelanjaan wang rakyat akhirnya kini menjadi lokasi kumpulan tidak bertanggungjawab membuat maksiat.

Dr Azman Ibrahim
www.drazmanibrahim.com














8:39 PM | Posted in , , | Read More »

Pasar Borong Gong Pauh: Penguatkuasaan dan kemudahan asas mesti seiring dengan status bandaraya

 Menyantuni sungutan dan rungutan para peniaga dan pelanggan, Pasar Borong Gong Pauh, Kuala Terengganu, Lujnah Petani, Nelayan dan Peneroka bersama Lujnah Pengguna Terengganu telah melakukan tinjauan dan bertemu para peniaga pada awal pagi semalam, 14 Februari 2012.
Beberapa isu utama yang perlu diberikan perhatian oleh pihak berwajib, khususnya Majlis Bandaraya Kuala Terengganu.
Pertama, infrastruktur dan kemudahan asas. Kemudahan pasar borong yang dimanfaatkan oleh 99.99% peniaga melayu ini kelihatan seperti zaman ‘cowboy’ dengan kedhaifan persekitarannya. Sebahagian besar jalannya tak berturap, binaan-binaan kayu yang uzur, longkang tersumbat dan berbau busuk khususnya di kawasan peniaga bahanbahan basah seperti ikan dan ayam, bekalan air yang lebih kerap terputus dan pelbagai lagi. Sepatah rungutan mereka yang kami dengar. Kenapa kami dianaktirikan, di sini yang berniaga adalah orang melayu, Majlis Bandaraya kutip cukai dari kami, tak kan nak tunggu kami angkat sepanduk, buat demonstrasi, baru nak baiki!”
Kedua, Kelemahan penguatkuasaan sehingga membenarkan peniaga-peniaga luar datang memasarkan barang-barang mereka di atas lori di kawasan parkir kenderaan secara berleluasa tanpa sekatan sehingga menjejaskan pendapatan peniaga-peniaga yang sah di sini. Kami di sini dikenakan macam-macam bayaran, sedangkan orang luar ambil kesempatan secara percuma.” Kata mereka.
Samada secara langsung atau tidak, kekurangan ini telah menyumbang kepada penurunan mendadak bilangan pelanggan yang datang berurusan sehingga para peniaga mengakui, akhir-akhir ini hasil jualan mereka berkurangan hampir separuh daripada biasa. Ditambah lagi dengan saingan dari pasaraya besar yang menawarkan serba-serbi dengan kemudahan yang selesa dan nyaman, sedangkan kami berniaga dalam keadaan serba kekurangan.
Berkenaan sumber bekalan hasil-hasil pertanian, secara umum, jelas didapati Terengganu masih gagal untuk beranjak dari pertanian tradisi dan sara diri kepada pertanian adalah perniagaan. Sebahagian besar bekalan sayur-sayuran dan buah-buahan yang dipasarkan di sini adalah produk keluaran Thailand dan Cameron Highland. Ternyata slogan ‘Pertanian Adalah Perniagaangagal direalisasikan oleh kerajaan negeri walaupun telah membelanjakan peruntukan puluhan juta ringgit setiap tahun. Di mana silapnya?

Dr Azman Ibrahim
Ketua Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar Terengganu.

10:22 PM | Posted in , , | Read More »

Menghadapi Suara Rakyat, Pemaju i-SHARP Panggil Ahmad Said



Merujuk kepada laporan akhbar harian tempatan bertarikh 14 Februari 2012 bertajuk: Puas Hati Projek Ternakan Udang, MB anggap kejayaan projek i-SHARP tutup mulut pihak yang banyak kritik.
Suka saya menarik perhatian kepada beberapa perkara.
Yang pertama, tindakan pemaju yang terpaksa memohon ehsan kerajaan negeri untuk mewar-warkan  kepada umum tentangkejayaan projek merekasetelah berhadapan dengan suara rakyat yang diterajui i-BANTAH. MB yang datang melawat dan diberikan taklimatkan dengan teori-teori pemaju yang memang telah sedia dimaklumi, akhirnya membuat sidang media dengan jangkaan kejayaan itu dan ini sedangkan semuanya adalah jangkaan.

Yang kedua, apakah kejayaan projek i-SHARP yang dimaksudkan oleh Menteri Besar? Berapa tan udang yang telah berjaya dieksport dan berapa tenaga anak tempatan yang telah diambil bekerja? Ungkapan  yang digunakan MB “Seperti yang dimaklumkan oleh pihak pengurusan, setiap kolam mampu memberikan hasil sebanyak enam tan” mengambarkan bagaimana ceteknya kemampuan menilai yang dimiliki Dato’ Ahmad Said dengan menerima bulat-bulat penjelasan pemaju tanpa penelitian selanjutnya. Lebih baik suruh pemaju saja buat sidang media! Kalau perlu panggil i-BANTAH duduk semeja untuk kita berhadapan dengan media.
Yang ketiga, ke mana perginya isu rampasan tanah pertanian rakyat di RTB Kubang Labi, antara isu utama yang diperjuangkan i-BANTAH. Memang betul tanah paya Nyatoh tak sesuai untuk pertanian dan kita pun tak suruh Ahmad Said tanam sawit di situ, tetapi persoalannya tanah pertanian penduduk di Kampung Banggol telah dikorek dan dipunggah untuk kerja-kerja menambun kawasan kolam udang. Natijahnya kemusnahan hasil titik peluh rakyat dan rakyat kehilangan sumber pendapatan dari hasil pertanian. Kesan banjir akibat kerja-kerja projek juga telah merencatkan pengeluaran hasil kebun penduduk. Semua ini kesan nyata yang disaksikan dan didengar sendiri delegasi i-BANTAH berbanding dengan kejayaan-kejayaan projek yang beristilahjangkaan’.
Yang keempat, persoalan banjir. Dalam pertemuan di lapangan dengan pegawai Blue Archipelago kira-kira sebulan lepas, mereka menafikan bahawa banjir berpunca dari projek mereka, walaupun pelbagai agensi media melaporkan sedemikian. Setelah dua kali penduduk sekitar berhadapan dengan fenomena banjir di luar kebiasaan pada musim tengkujuh lalu  dan pelbagai desakan yang dilakukan i-BANTAH, mengikut kenyataan Ahmad Said sebagaimana dilaporkan akhbar harian ini, pemaju telah membuat kajian semula tentang perkara ini. Persoalannya, dulu perkara ini telah dikaji atau tidak? Kalau telah dikaji, kajian yang terdahulu, bagaimana? Berdasarkan kenyataan ini juga, bukankah ini bermakna bahawa pemaju dan MB telah mengesahkan bahawa memang benar projek udang punca banjir!  Kalau bukan kerana desakan dan fakta-fakta kukuh, mungkin mereka akan terus menafikan.

Menteri Besar tolong jangan menuduh pihak pembangkang memberikan pandangan yang tidak betul untuk mengelirukan rakyat. Tuduhan mengelirukan fakta itu perlu dibuktikan. Kalau perlu, i-BANTAH sedia untuk mengadakan pertemuan dengan pihak MB atas dasar kepentingan rakyat yang bukan bermotif politik supaya perkara ini mampu dijelaskan. Saya tetap meyakini bahawa Ahmad Said hanya mendengar penjelasan sebelah pihak yang tidak memungkinkannya membuat penilaian yang adil. Saya tidak suka menggunakan istilahmencabarselagi ruang perbincangan masih ada.

Dari awal lagi kami telah menyatakan, kami tidak sekali-kali menentang apa-apa projek pembangunan untuk kesejahteraan rakyat tetapi tidak bermakna sama sekali kalau projek dinaikkan bersama dengan turunnya air mata rakyat.
Dr Azman Ibrahim
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak i-BANTAH
Ketua Lujnah Alam Sekitar dan Pengguna, Terengganu

10:01 PM | Posted in , , | Read More »

Ikan Rakyat? Ikan pemimpin lagu mana pulak?

Kembung, selayang untuk rakyat, tenggiri, merah untuk pemimpin

6:16 PM | Posted in | Read More »

Malam Mesra Media Bersama Pimpinan PAS Terengganu

6:29 AM | Posted in | Read More »

Forum Kepenggunaan; Jangan lupa BBN, Bahana Barisan Nasional


Kenaikan harga barang yang tidak terkawal sejak akhir-akhir ini telah memberi impak yang besar kepada rakyat di negara amnya dan di Negeri Terengganu khususnya. Kenaikan kos sara hidup jelas memberi tekanan kepada rakyat dalam menjalani kehidupan harian.

Situasi ini boleh memberi banyak impak  negatif kepada semua pihak.Oleh kerana itu PAS Terengganu mengambil peranan tampil untuk menganjurkan forum bagi menyediakan platform dengan tujuan penyaluran maklumat dan medan menerima maklum balas daripada rakyat berkaitan isu yang menyentuh kepentingan mereka secara langsung.

Forum tersebut bertemakan: ‘Kenaikan Harga Barang, Rakyat Tanggung Bahana’.

Objektif Forum di atas adalah;
1.    Memberi kefahaman kepada umum,kenapa kenaikan harga barang ini berlaku.
2.    Bagaimana kenaikan harga barang memberikan impak  kepada kehidupan rakyat.
3.    Apakah kenaikan ini natijah dari penyalahgunaan kuasa  atau salah urus tadbir oleh pihak berwajib.
4.    Membincangkan solusi dan jalan penyelesaiannya

Forum ini akan di adakan di Markas Tarbiyah PAS Kuala Terengganu, Kuala Ibai, dan akan diadakan pada hari Sabtu, 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari, 4 Februari 2012.

Ia akan dirasmikan oleh Pesuruhjaya PAS Terengganu dengan menampilkan ahli panel yang terdiri daripada Pengerusi Lujnah Pengguna Pas Pusat, merangkap Naib Presiden Pas, Dato’ Haji Mahfuz Omar.

Selain Dato' Mahfuz, ia turut di paneli oleh wakil FOMCA dan Usahawan Peruncitan Terkenal Encik Che Salmi Che Ibrahim, selaku Pengurus Pasaraya Sabasun Hyper Runcit, Kuala Terengganu. Editor Harakahdaily, Encik Zulkifli Sulong akan bertindak sebagai moderator.

Jangan lupa (BBN) Bahana Barang Naik, Bahana Barisan Nasional! Forum ini terbuka kepada umum dan semua dijemput hadir.

Dr Azman Ibrahim
Pengerusi
Lujnah Pengguna dan Alam Sekitar
PAS Terengganu.

4:29 AM | Posted in , , | Read More »

i-SHARP Menyusahkan Rakyat, Najib Perlu Bertanggungjawab

Bersama Pengerusi Lujnah Alam Sekitar Pas Pusat meninjau kemusnahan tanah penduduk yang digali pemaju i-SHARP

Semasa Program Ceramah Umum Isu Projek Udang i-SHARP, Jumaat lepas di Kampung Penarik, Setiu, saya menegaskan bahawa kita tidak bersengketa dengan pekerja-pekerja Blue Archipelago di kawasan tapak projek walaupun seorang daripada mereka pernah menggelar delegasi kami sebagai Yahudi kerana masuk membuat tinjauan ke kawasan projek merekatanpa kebenaranwalaupun hakikat sebenarnya bos mereka di Kuala Lumpur telah melakukan kesalahan yang lebih besar dengan menceroboh tanah penduduk tanpa kebenaran dan kerja mereka jelas melanggar ‘Local Agenda’ yang menggariskan bahawa penduduk setempat mesti dimaklumkan dan diambil pandangan bagi setiap projek yang ingin dilaksanakan di mana-mana lokasi kerana merekalah yang bakal menanggung kesannya.

Kita tidak mahu membuang masa berhujah dengan pekerja di lapangan kerana mereka bukanlah pembuat dasar yang menentukan polisi syarikat, apatah lagi sebahagian mereka telah saya anggap sebagai kawan. Ada di antara mereka yang secara jujur pernah mengunjungi saya dan mengakui bahawa apa yang i-BANTAH perjuangkan adalah suatu kebenaran terutamanya pekerja syarikat yang biasa minum kopi bersama para nelayan yang bersiap untuk turun ke laut menangkap ikan diawal pagi dan mendengar sendiri keluhan para nelayan.  

Kita melihat dari segi polisi dan dasar. Sedia dimaklumi, pemaju projek i-SHARP, Syarikat Blue Archipelago Berhad adalah anak syarikat Khazanah Nasional Berhad yang merupakan syarikat induk cabang pelaburan Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Kewangan. Khazanah Nasional memiliki Sembilan Ahli Lembaga Pengarah dengan Najib Tun Razak Sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah. Ia berperanan menguruskan semua aset komersil kerajaan Malaysia dan merupakan pemegang amanah aset kewangan negara.

Dari segi faktanya, Najib sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional perlu bertanggungjawab di atas semua tindakan anak syarikatnya yang terbukti telah menyusahkan rakyat. Ditambah lagi dana RM300 juta untuk projek i-SHARP yang diambil daripada Khazanah Nasional adalah dana awam atau dengan istilah mudah, duit rakyat!

Berbincang dengan pekerja di lapangan tidak menyelesaikan apa-apa. Kuasa untuk mengambil suatu tindakan drastik bagi menyelamatkan keadaan ada di Putrajaya. Saya juga cukup yakin bahawa pegawai-pegawai tinggi Blue Archipelago Berhad tidak memaklumi tentang bencana yang telah menimpa penduduk ekoran kerja-kerja mereka. Kerana itulah, apabila seorang pekerja teknikal syarikat memaklumkan, “Kalau inginkan maklumat berkaitan dengan projek, hubungilah ibu pejabat...” Saya dengan tegas menyatakan, “Saya hidup bersama rakyat, menyelami masalah mereka, melihat kesukaran mereka, mendengar rintihan mereka, yang saya perjuangkan adalah isu rakyat, pegawai kamu di ibu pejabat tahu ke tidak rakyat kena banjir luar biasa ekoran projek kamu?”

Saya tidak berminat lagi untuk mendengar teori-teori kosong, kononnya inilah ‘green projek’, ‘enviromentally friendly’, menyediakan peluang pekerjaan, tanah rakyat telah dibayar pampasan setimpal, projek akan menjadi pemacu ekonomi dan pelbagai lagi ungkapan yang semakin kabur realitinya.

i-BANTAH telah merangka fasa seterusnya dalam pelan bertindak kami. Pasti ianya lebih agresif, drastik dan menyeluruh. Dalam masa yang sama kami menyanjung dan menghormati kedaulatan undang-undang yang sedia ada walaupun kadang-kadang rakyat kecil di kesampingkan demi maslahah golongan korporat.


10:58 PM | Posted in , , | Read More »

Blog Archive

Recently Commented

Recently Added